Fazli Razak

Fazli Razak

Fazli Razak

Director | GB Gamesbond

Fazli Razak merupakan graduan sarjana muda di dalam bidang Nutrition dan Dietetics dari International Medical University (IMU). Pernah bekerja sebagai Pegawai Dietetik di Hospital Kuala Lumpur sebelum menceburkan diri di dalam bidang sukan elektronik pada tahun 2015. Bersama-sama rakan kongsi beliau, Suki Lee, menubuhkan Gamesbond bagi membantu komuniti sukan elektronik konsol di Malaysia berkembang dan maju. Fokus kepada sukan elektronik bolasepak (FIFA) semenjak penubuhan Gamesbond, mereka telah berjaya membawa atlet sukan elektronik ke peringkat antarabangsa dan menempa kejayaan di sana.

Bermula dengan studio sukan elektronik, Fazli Razak dan Suki Lee berjaya membawa Gamesbond menjadi syarikat sukan elektronik pertama di Malaysia yang menjadi agensi rasmi bagi permainan digital FIFA bagi musim FIFA21. Harapan mereka adalah ingin membawa anak Malaysia layak ke kejohanan FIFAe World Cup suatu hari nanti.